Friday, 23 November 2012

BiaR JaRaK Ini


Biar jarak ini menentukan segalanya,

biar jarak ini mendewasakan kita,

Biar jarak ini menjaga hati dan jiwa,

Biar jarak ini menjauhkan kita dari dosa dan noda,

Dan biar jarak ini lebih mendekatkan kita padaNYA.

Kerana,

Dengan jarak ini akan wujudnya setia,

Dengan jarak ini maka Dia lebih redha,

Dengan jarak ini cinta lebih mulia,

Dengan jarak ini kau dan aku lebih terjaga..

Andai kau sudah sedia dan sampai masanya,

Gagahkan kaki,hati dan jiwa,

bertandang kerumahku bersama orang tuamu,

berjumpa waliku memohon restu,

Andai jodohmu untukku,

pasti tidak ku tolak lamaranmu.

Dan saat itu,

Cinta menjadi satu,

Kasih bertemu rindu,

Engkau menjadi suamiku,

Aku sah menjadi isterimu.

tulusly untuk kamu bakal zauj ku.

Petua 8P - Ustazah Siti Nurbahyah


Siti Nur Bahyah berkata,

1) PUJI
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.



2) PELUK
Katanya, P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu

sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3) PENGHARGAAN
P seterusnya ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4) PERHATIAN
'Perhatian' adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan

Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.


5) PERSEFAHAMAN
Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili 'persefahaman'


6) PERGAULAN
Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain.


7) PERCUTIAN
Beliau berkata, satu lagi P adalah 'percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.


8) PERMOHONAN
Katanya, P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya..

"sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat"