Friday, 18 May 2012

Bila aku jatuh CINTA...



Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu...

Thursday, 17 May 2012

Hati Yang Tenang



ALLAH berfirman yang bermaksud: “Orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Hakikatnya ketenteraman hati sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Tatkala persoalan hidup bertambah kompleks dan beban masalah seharian yang meningkat dari sehari ke sehari, ketenteraman hati menjadi semakin jauh dan sulit pula untuk digapai dan diperoleh setiap insan yang mengharapkannya. Kebanyakan manusia hari ini berorientasikan kebendaan dan kepentingan peribadi masing-masing. Bagaimana kompleksnya persoalan hidup yang melanda diri dan walau semakin berat masalah yangterpaksa ditanggung, apabila dihadapi dengan roh keimanan yang kental berserta amalan sentiasa mengingati Allah iaitu zikrullah, perwatakan, pergaulan dan ibadat, nescaya ketenteraman hati akan mewarnai keceriaan hidup sepanjang masa.
Jelas daripada pengertian ayat di atas terapi bagi orang beriman agar hati mereka menjadi tenang tenteram dan tidak pula gundah-gulana dalam melayari bahtera mengharungi gelombang hidup yang membadai dengan memperbanyakkan zikrullah. Dengan kata lain, zikrullah hendaklah sentiasa mengingati Allah ketika suka mahupun duka, di sudut hati atau benak fikiran, melalui lisan dan amal perbuatan.
Mengenai fadilat dan keistimewaan zikrullah, Allah memerintahkan setiap Muslim sentiasa berzikir kepada-Nya seperti firman-Nya dalam surah Al Ahzab, ayat 41-42 bermaksud: “Wahai orang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya. Bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
Rasulullah tidak ketinggalan menggalakkan setiap Muslim merebut kesempatan hidup di dunia dengan memperbanyakkan zikrullah sebagai tiket memasuki taman syurga yangpenuh kenikmatan. 

Sabda Baginda yang bermaksud: “Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya.” Sahabat bertanya: “Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah?” Ujar Baginda: “Ialah perhimpunan zikir.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)
Berdasarkan nas suci itu, dapat disimpulkan amalan zikrullah amat digalakkan dalam Islam. Selain itu, zikrullah dianggap antara amalan menyerlahkan kesempurnaan identiti seseorang Muslim yang bertakwa dan juga sebahagian ciri Ibadur Rahman yang sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan doa yang tidak putus kepada Allah. Pendek kata, zikrullah petanda kepada bertakhta iman di hati dan juga bebasnya Muslim daripada belenggu sifat nifaq dan fasik yang tercela.

Monday, 14 May 2012

Cara mengubati rasa buruk sangka saranan Imam Al-Ghazali




Assalamualaikum w.b.t
harini mood sgt rajin nak update blog.
Kali ni entry lebih kepada pengisian.boleh yep?
tak pe lah,sekali sekala berkongsi apa yang kita tahu tak salah kan?

Kat sini ada garis panduan yang Imam Al-Ghazali letakkan agar kita sebagai manusia tidak ada sifat sombong,angkuh,takabbur, dan buruk sangka.
gambaq yang menunjukkan keangkuhan,dan kesombongan.

1)Jika berjumpa dengan kanak-kanak,anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa.

2)Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada ALLAH SWT berbanding dengan diri kita sendiri.



3)Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak mengetahui berbanding kita.

4)Apabila bertemu dengan orang jahil,anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan.Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.

5)Jika melihat orang jahatjangan anggap kita lebih mulia daripada mereka kerana mungkin disuatu hari nanti mereka akan insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukan.

6)Apabila bertemu dengan orang kafir,katakanlah didalam hati,bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh ALLAH SWT dan akan memeluk islam,maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh ALLAH SWT.

Itu sahaja pengisian untuk entry kali ni..eyh ada sedikit penambahan sebab tetiba terbaca benda ni.

Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu~ kerana muslimin yang bijaksana tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan, lirikan senyuman, kata-kata manja yang menggoda yang boleh meruntuhkan iman.. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.. Cuma keperibadiaannya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.. Jika kau tetapkan ia atas jalan yang diredhaiNya, InsyaAllah, si dia turut di jalan yang sama~

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu, memberikan keberkahan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.”

Friday, 11 May 2012

Apa yang best tentang hari Jumaat?




 

Semperna hari Jumaat yang mulia ini, aku ingin berbicara mengenai hari Jumaat dari pandangan aku. Mungkin sesetangah orang hari Jumaat adalah hari yang indah dan berkat. Mengikut Islam, hari Jumaat adalah permulaan hari dan banyak kelebihan pada hari Jumaat.

Dari perspektif biasa, siapa yang sukakan hari Jumaat?

  • Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah sebab cuti umum
  • Negeri lain, pekerja pasti suka sebab esok dah hari minggu. Cepat sungguh masa berlalu, rasa baru je Isnin dah Jumaat hari ini?
  • Pasangan suami isteri - pasti berseri-seri kerana mungkin berjaya membunuh setan
  • Sesiapa yang suka membeli belah di pasar masjid kerana banyak barangan yang di jual
  • Peniaga boleh berniaga berdekatan masjid. Ramai pengunjung yang singgah sementara hendak ke masjid. Moga murah rezeki peniaga.
  • Warga lelaki ke masjid kerana dapat makan pisang atau makanan lain. Jika di Masjid wilayah, kadang ada sediakan air, free sample produk pun ada.
  • Kepada yang nak balik kampung untuk jumpa keluarga atau suami/isteri, mesti tak sabar waktu balik kerja. Biasanya dah bawa beg siap-siap ke pejabat.. uhuhuhu
dan banyak lagi... boleh korang fikirkan?

Manakala dari perspektif Islam, Jumaat mempunyai kelebihanya seperti berikut:
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.



Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.


Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.


Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan

Monday, 7 May 2012

Hadiah Hari Guru (Sempena Hari Guru)





Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow, di sebuah sekolah rendah, di kawasan pedalaman. Cikgu sedang memberikan cadangan kepada murid-muridnya tentang hadiah sempena Hari Guru esok.

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan.

Murid: Tapi cikgu, hadiah yang macam mana?

Cikgu: Cikgu cadangkan begini, jika bapa kamu penanam jagung… jagunglah hadiahnya, jika nelayan, ikan pun boleh..

Murid-murid: Ohh…. begitu..

Keesokan harinya, penuh meja cikgu itu dengan pelbagai hadiah… macam-macam ada. Tersenyum lebar cikgu ….

Hah, kenapa kamu berpeluh ni Mamat? Datang lewat pulak!

Mamat: Usung hadiah cikgu… tu ada kat luar kelas.

Cikgu: Ya.. Allah, batu nesan Mat?????

Mamat: Ha….aaa (dengan bangga)

Cikgu: Ayah kamu kerja apa?

Mamat: PENGGALI KUBUR cikgu.

Cikgu: Patutlah.



---- Sumbangan: Cikgu Usman

Sudu


Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung... 


Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop) 


Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor. 


Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari. 


Pak Pandir : Terima kasih. 


Seminggu kemudian….. 


Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak? 


Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…) 


Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke? 


Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor……. 


Doktor : Kenapa dengan sudu? 


Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor! 


Doktor : ??????? 




---- sumbangan : Ubin

Thursday, 3 May 2012

I will be back soon :)



Bgaimana Hendak Mengenali Pak Pandir



17FEB
* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.
* dia fax surat dengan stem diatasnya.
* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.
* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.
* study hard untuk ujian darah.
* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.
* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.
* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.
* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.
* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.
* dia sedang baca email ini. :)

Robot Kesan Bohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…




Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Robot Kesan Bohong 


muntah.......


Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.

Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.

“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”





Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Muntah 

Wednesday, 2 May 2012


Funny,funny & funny

What's is the laziest mountain in the world ?
= Mount Ever-rest.

What is a snake favourite school subject ?
= Hiss-tory

What does it say on a robot's tombstone ?
= 'Rust in peace'

What did the baby porcupine say when it
bumped into a cactus ?
= " is that you,Mummy "

What do you call the ghost that haunt Tv
chat shows ?
= The phantom of the oprah

Source : 101 cool jokes

Ini Harta Bukan Saya Yang Punya


Setelah berbulan lamanya mencari harta karun di belakang rumahnya, akhirnya Pak Pandir berjaya menemukan jongkong emas seberat 15 kilogram yang tertanam di bawah jamban rumah jirannya. Dengan penuh perasaan gembira Pak Pandir membawa pulang emas tersebut.

 Sampai di rumah, tiba-tiba Pak Pandir merasa bimbang kalau-kalau sahabat baiknya Luncai mengetahui tentang harta yang dijumpainya, pasti Luncai akan mengambil emas itu. Hasil buah fikiran itiknya, Pak Pandir mendapat idea untuk menanam emas itu di taman permainan kanak-kanak di pekan berhampiran tempat tinggalnya. 

Pak Pandir menggali lubang yang besar untuk memasukkan harta karunnya itu. Setelah selesai menimbus harta karunnya, bimbang hartanya diketahui orang, dia pun meletakkan papan tanda bertulis "Di sini tiada harta karun Pak Pandir". Lega hatinya, Pak Pandir pun pulang dengan perasaan gembira. 

Malam itu sedang Luncai di dalam perjalanan untuk mencuri duit di masjid berhampiran, dia ternampak papan tanda Pak Pandir. Apa lagi, dia pun terus mengorek tanah dan mendapatkan emas yang tersimpan di situ. Bimbang perbuatannya diketahui Pak Pandir, untuk 'cover line', luncai menimbus semula lubang tersebut dan meletakkan satu lagi papan tanda bertulis 

"BUKAN LUNCAI YANG AMBIK!"
salam perkenalan dari saya ekin cerita cerita
hai..kawan-kawan...shat smua.
ermmmm first time saya buat blog sendiri alhamdulillah....boleh pun